Poket ‘Rabak’ Setiap Kali Anak Bulu Sakit? Mungkin Dah Sampai Masa Ambil Insurans Kucing!
Penat lelah kerja seharian kadangkala bukan untuk memenuhi keperluan dan kehendak sendiri, tetapi ‘majikan’ yang berada di rumah. Siapa lagi kalau bukan kucing tersayang!
Membesarkan mereka ibarat menatang minyak yang penuh. Malah boleh diibaratkan seperti menjaga anak sendiri. Si bulus sekarang hidup lebih mewah daripada manusia, tidur di atas tilam empuk, makan makanan basah yang diimport dari luar dan sesi dandanan setiap bulan.
Itu belum termasuk rutin pemeriksaan di klinik haiwan atau jika mereka jatuh sakit, sampai ‘bibik’ pun geleng kepala tengok bil tau! Dalam tak sedar, sebenarnya banyak wang mengalir begitu sahaja bila perlu ke klinik veterinar secara mengejut memandangkan kosnya boleh mencecah ribuan ringgit.
Dalam situasi ini, insurans kucing sangat penting. Bukan sahaja untuk jaga dompet anda, tetapi juga untuk kesihatan si bulus kesayangan! Tak perlu lagi tunggu gaji masuk atau korek tabung semata-mata nak bawa mereka ke klinik. Bila jatuh sakit, terus boleh dapatkan rawatan.
Kenapa Insurans Kucing Semakin Jadi Keperluan?
Semakin hari, kos rawatan veterinar di Malaysia menunjukkan peningkatan yang ketara. Untuk kes biasa mungkin masih mampu ditanggung, tetapi bagi situasi kecemasan seperti pembedahan atau rawatan intensif, kosnya boleh mencecah ribuan ringgit. Ini menjadi satu cabaran besar buat pemilik kucing yang tidak mempunyai perancangan kewangan atau perlindungan insurans.
Pada masa yang sama, risiko kesihatan dalam kalangan kucing juga semakin tinggi. Mereka boleh terkena pelbagai jenis jangkitan virus, mengalami kecederaan akibat bergaduh dengan haiwan lain, terlibat dalam kemalangan sama ada di dalam atau di luar rumah. Situasi ini kerap berlaku secara tiba-tiba, menyebabkan pemilik terpaksa membuat keputusan segera untuk rawatan tanpa sempat membuat persediaan kewangan.
Selain itu, kucing baka seperti Persian, Maine Coon, British Shorthair dan seumpamanya mempunyai kecenderungan genetik terhadap masalah kesihatan tertentu. Mereka lebih mudah jatuh sakit dan mungkin memerlukan pemantauan serta rawatan yang lebih rapi, termasuk ubat khas, rawatan susulan, serta prosedur pembedahan berkala. Jadi, tidak hairan jika kos untuk menjaga kucing jenis ini jauh lebih tinggi berbanding kucing biasa.
Oleh sebab itu, memiliki insurans kucing bukan lagi dianggap sebagai kehendak atau kemewahan. Ia semakin menjadi satu keperluan penting demi kesejahteraan si bulus dan juga kestabilan kewangan pemiliknya.
Apa yang Dilindungi oleh Insurans Kucing?
Ramai yang masih belum tahu bahawa insurans kucing sebenarnya menawarkan perlindungan yang cukup menyeluruh, bukan setakat untuk rawatan biasa sahaja. Secara asasnya, pelan insurans kucing yang ditawarkan di Malaysia biasanya meliputi beberapa perkara utama yang sangat membantu pemilik dalam situasi tidak dijangka.
Antara perlindungan paling penting adalah kos rawatan perubatan dan kemasukan ke hospital veterinar. Ini termasuk pemeriksaan, ubat-ubatan dan rawatan lanjutan seperti masuk air (drip), imbasan X-ray, atau rawatan jangkitan serius. Jika kucing anda perlu menjalani pembedahan, insurans juga biasanya akan melindungi kos pembedahan dan prosedur berkaitan yang selalunya sangat mahal jika ditanggung sendiri.
Selain itu, insurans kucing turut menawarkan pampasan sekiranya berlaku kematian mengejut, kehilangan atau kucing anda dicuri. Situasi seperti ini memang menyayat hati dan walaupun pampasan tidak mampu menggantikan kehilangan tersebut, ia sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban dari segi kewangan.
Ada juga pelan insurans yang menyediakan perlindungan liabiliti, contohnya jika kucing anda menyebabkan kecederaan kepada orang lain atau merosakkan harta benda jiran. Ini sangat berguna bagi pemilik kucing yang tinggal di kawasan kejiranan padat atau apartmen yang mana interaksi dengan orang sekeliling tidak dapat dielakkan.
Berapa Kos Insurans Kucing?
Kos untuk mendapatkan insurans kucing sebenarnya tidaklah semahal yang disangka. Kebanyakan pelan bermula serendah RM300 lebih setahun, bergantung kepada jenis perlindungan yang dipilih. Ini merupakan satu jumlah yang sangat berpatutan, terutamanya jika dibandingkan dengan kos rawatan veterinar yang boleh mencecah ribuan ringgit.
Sebagai contoh, satu pembedahan sahaja boleh menelan belanja lebih daripada RM2,000 tidak termasuk kos rawatan susulan, ubat-ubatan dan pemeriksaan berkala. Jika dihitung semula, insurans kucing sebenarnya boleh menjadi satu penjimat wang yang efektif, terutamanya bagi kucing yang dibela di dalam rumah. Ini kerana mereka lebih terdedah kepada masalah kesihatan secara tiba-tiba seperti muntah, jangkitan saluran kencing atau penyakit berkaitan organ dalaman.
Dengan adanya insurans, anda tidak lagi perlu panik memikirkan soal kos bila kucing kesayangan jatuh sakit. Sebaliknya, anda boleh fokus kepada rawatan dan pemulihan kerana anda tahu, segalanya telah pun dilindungi.
Bandingkan Pelan Insurans Kucing dengan Mudah di MoneyX
Masih belum ada insurans untuk si bulus kesayangan? Jangan risau, MoneyX boleh bantu mudahkan pilihan anda! Bandingkan pelan Oyen Pet Insurance dan Oyen Pet Takaful untuk lihat mana yang paling sesuai dengan haiwan peliharaan anda.
Menjaga kucing zaman sekarang bukan sekadar bagi makan dan bermain. Kalau anda benar-benar sayang mereka, mengambil insurans untuk melindungi masa depan mereka adalah salah satu langkah paling bijak. Jika bukan anda yang lindungi mereka, siapa lagi?
MoneyX bukan sekadar membantu anda buat pilihan bijak, tapi juga memastikan kucing kesayangan anda dapat perlindungan terbaik tanpa menjejaskan kestabilan kewangan anda!