Duit Habis, Hutang Bertimbun? Ini Solusi Anak Muda Elak Muflis!

    October 29, 2025 • a year ago
    Duit Habis, Hutang Bertimbun? Ini Solusi Anak Muda Elak Muflis!

    Dalam era digital kini, urusan membeli-belah menjadi begitu mudah, hanya perlu tatal dan klik. Namun, dalam kemudahan itu juga, ramai tidak sedar bahawa kewangan peribadi mereka semakin terjejas, wang habis tanpa disedari dan hutang terus menimbun.

    Beberapa bulan lalu, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh mendedahkan bahawa 877 kes muflis melibatkan individu berusia 18 hingga 40 tahun direkodkan pada tahun 2024, meningkat daripada 727 kes berbanding tahun sebelumnya.

    Beliau memberi amaran bahawa tanpa campur tangan awal, kesilapan kewangan pada usia muda boleh menyebabkan kebergantungan jangka panjang terhadap bantuan kebajikan kerana mereka sudah terjebak dengan muflis sebelum usia 40 tahun.

    Dalam masa sama, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Adnan Zaylani turut menekankan bahawa belia Malaysia berusia 19 hingga 30 tahun kerap mencatat skor rendah dalam Indeks Literasi dan Keupayaan Kewangan Kebangsaan, membuktikan wujudnya jurang pengetahuan yang membimbangkan.

    Justeru, mari kita teliti bagaimana situasi ini boleh berlaku dan apakah langkah yang boleh diambil oleh anak muda untuk mengelakkan diri daripada terperangkap dalam krisis kewangan pada usia yang masih muda.

    BNPL: Mudah Tapi Bahaya Jika Tidak Dikawal

    Konsep beli dahulu bayar kemudian atau BNPL bukanlah sesuatu yang baharu. Dahulu, mungkin ia wujud dalam bentuk ansuran kedai perabot atau barangan elektrik. Tetapi kini, BNPL boleh digunakan secara dalam talian dan lebih berisiko kerana tiada had ketat untuk berbelanja. Ini kerana umum tidak hanya memfokuskan satu platform sahaja untuk membeli, tetapi beberapa aplikasi dalam talian turut menawarkan servis yang sama.

    Disebabkan prosesnya cepat dan mudah, ramai anak muda terjebak membeli barangan termasuklah bukan keperluan melalui servis ini. Pada awalnya, mereka tidak rasa terbeban, tetapi apabila tiba masa untuk membayar, barulah mereka gelabah mencari duit.

    Tabiat Perbelanjaan Digital

    Pada masa kini, penggunaan e-dompet seperti GrabPay, ShopeePay, Boost dan Touch ’n Go e-dompet sudah menjadi kebiasaan, terutamanya dalam kalangan anak muda. Namun, apabila semuanya boleh dibayar dengan hanya imbas dan tekan, kita menjadi kurang peka terhadap jumlah wang yang dibelanjakan.

    Kajian menunjukkan bahawa pengguna e-dompet dan BNPL lebih cenderung untuk berbelanja secara impulsif. Dalam masa yang sama, laporan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (2022) mendedahkan bahawa 62 peratus belia Malaysia mempunyai tahap literasi kewangan yang rendah.

    Ini bermakna, ramai masih belum memahami cara mengurus bajet, membezakan antara keperluan dan kehendak, serta menyusun strategi untuk keluar daripada beban hutang.

    Kad Kredit: Kawan atau Lawan?

    Ramai dalam kalangan anak muda memohon kad kredit tanpa memahami syarat yang diperuntukkan dan risiko yang tersembunyi. Sekiranya bayaran tidak dibuat tepat pada waktunya, caj faedah yang tinggi akan dikenakan, sekali gus menjerat mereka ke dalam kitaran hutang yang berpanjangan.

    Lebih membimbangkan, kajian antarabangsa menunjukkan bahawa golongan muda cenderung menggunakan kemudahan BNPL melalui kad kredit, gabungan berisiko tinggi yang boleh membawa kepada masalah kewangan serius atau kemuflisan sekiranya tidak dikawal dengan baik.

    MoneyX: Solusi Bijak untuk Kewangan Peribadi

    Urus kewangan tak lagi rumit apabila semua maklumat boleh dipantau dalam satu aplikasi komprehensif seperti MoneyX. Dengan MoneyX, anda boleh:

    1. Profil Kredit untuk gambaran kewangan yang lebih lengkap — MoneyX memberi akses kepada laporan profil kredit yang tunjuk butiran seperti akaun kredit aktif, sejarah pembayaran, baki hutang, had kredit, semakan kredit dan maklumat undang-undang seperti kebankrapan. Ini bantu anda faham tahap permohonan pinjaman, peluang dapat kadar faedah lebih baik, malah memudahkan sewa rumah dan kesejahteraan kewangan secara menyeluruh. Jadi, anda akan berfikir semula sekiranya datang nafsu untuk berbelanja lebih!
    2. Analisis AI dan pandangan peribadi — MoneyX menggunakan kuasa AI untuk menyediakan pandangan seperti corak perbelanjaan, trend simpanan dan ramalan kewangan peribadi.
    3. Peringatan automatik dan pemantauan kredit — daripada tarikh bayaran bil dan ansuran hingga tarikh pembaharuan seperti insurans dan cukai jalan.
    4. Rancang bajet dan semak kekayaan bersih (net worth) — lengkap dengan graf corak perbelanjaan dan aliran tunai supaya anda tahu ke mana setiap sen dibelanjakan.
    5. Ciri ‘Financial Hub’ dan akses produk kewangan — termasuk perbandingan pinjaman peribadi, kad kredit serta pelan pelaburan atau insurans dari rakan niaga.
    6. Pemindahan data selamat dan patuh undang-undang — menggunakan AWS dan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia (PDPA).
    7. Menawarkan pelbagai jenis baucar yang dapat menjimatkan dompet anda — daripada diskaun membeli-belah, potongan makan di restoran pilihan, hingga promosi eksklusif dari rakan niaga, semuanya untuk membantu anda berjimat sambil berbelanja.

    Kebebasan kewangan bukan semata-mata soal menjadi kaya, tetapi tentang keupayaan mengurus wang secara bijak dan bertanggungjawab. Dengan peningkatan kes muflis dalam kalangan belia, langkah pencegahan awal amat penting termasuk memahami tabiat perbelanjaan, menggunakan alat pemantauan kewangan yang tepat serta membuat keputusan berdasarkan data dan kesedaran.

    Dengan aplikasi seperti MoneyX, anda bukan sahaja dapat menjejak setiap sen yang dibelanjakan, malah turut dibekalkan dengan analisis kewangan peribadi, peringatan bijak serta cadangan berdasarkan corak perbelanjaan sebenar. Semua ini membantu anda membentuk tabiat kewangan yang sihat, bebas hutang dan lebih yakin dalam merancang masa depan kewangan anda.

    Loading......